Saturday, February 12, 2011

EKSKLUSIF : Cinta di Bangku Sekolah - Baik atau Buruk???

assalamualaikum w.b.t.....

post kali ni lak just nk share pasal survey yg aku wat beberapa thn yg lalu.. hehe.. so korang baca la yek.... enjoy je~



Dewasa ini, terdapat ramai remaja yang sudah pun terlibat dalam dunia percintaan seawal usia 13 tahun lagi. Rata-rata usia semuda ini kebanyakan mereka masih lagi bersekolah namun masih lagi meneruskan percintaan mereka. Tidak kurang juga dengan mereka yang baru berjinak-jinak untuk mendalami dunia ini namun ternyata zaman persekolahan bukan satu alasan bagi mereka untuk tidak terlibat dalam dunia ini. Benarkah perkara ini boleh mendatangkan impak terhadap mereka? Ayuh, kita tinjau....


1)PANDANGAN KAMU DENGAN CINTA DI BANGKU SEKOLAH?


Nidzam : Perkara ini tidak patut & x wajar berlaku. Belum masa lagi untuk bercinta kerana kita sudah sepatutnya ada matlamat datang ke sekolah. Biasanya pelajar yang cemerlang tidak menjadikan cinta sebagai matlamat utama mereka. Kita ada masa yang panjang untuk bercinta selepas sekolah. Perlu pandai merancang.

Haszwan : Ia merupakan suatu perkara yang sia-sia dan tidak memberi sebarang kebaikan kepada seorang pelajar. Cinta di usia terlalu muda boleh menyebabkan kita terjebak ke kancah maksiat sahaja.

Wong : Cinta adalah kurniaan Tuhan yang sangat menakjubkan. Bagi saya cinta boleh wujud di sekolah tetapi remaja atau pelajar tidak pandai untuk menggunakan kurniaan Tuhan ini dengan betul.

Aizuddin: Perkara ini merupakan satu fenomena biasa dalam kalangan remaja pada masa ini kerana mereka beranggapan ianya satu cara untuk mengurangkan stress.


2)BENARKAH CINTA DI BANGKU SEKOLAH BANYAK MEMBERI KEBURUKAN DARI KEBAIKAN? KENAPA?

Nidzam : Ya kerana cinta boleh membuatkan pelajar hilang fokus. Mereka tidak dapat menumpukan 100% tumpuan pada pelajaran dan mereka akan sering membazir masa dan wang ringgit.

Haszwan : Ya, jika kita lihat pelajar masa kini, ‘couple’ memberikan kesan negatif, contohnya kemerosotan dari segi pelajaran dan pergaulan yang terlalu bebas.

Wong : Tidak. Sebenarnya ia bergantung kepada seseorang yang bercinta itu. Cinta adalah perkara yang menakjubkan dan dapat memberi sokongan kepada orang yang memiliki cinta itu. Cinta boleh membuatkan kita mengorbankan apa sahaja untuk cinta tersebut.


Aizuddin: Ya kerana ia boleh mempengaruhi dan menghasut untuk terjerumus ke kancah percintaan yang boleh mendatangkan maksiat.


3)BAGAIMANA KAMU MENGHADAPI SITUASI INI SEKIRANYA ANDA SENDIRI MELALUINYA? KENAPA?

Nidzam : Saya akan cuba ingat kembali apa tujuan saya datang ke sekolah. Saya akan bersikap tegas pada diri sendiri dan mengawal perasaan. Jangan terlalu teruja dangan si ‘dia’. Saya tidak mahu harapan saya hancur hanya kerana melayan perasaan cinta pada seseorang yang belum pasti dapat saya miliki.

Haszwan : Jika melalui situasi ini, saya akan lebih pentingkan tentang pelajaran lebih-lebih lagi saya mahu mengambil SPM tahun ini. Kesimpulannya, saya ‘takkan’ terjebak dalam perkara ini.

Wong : Saya akan jadi pelajar yang lebih cemerlang malah pandai menhgambil berat masalah orang lain. Kerana cinta, saya mampu untuk belajar lebih daripada biasa untuk menonjolkan diri saya. Saya ingin orang yang saya cintai itu berasa bangga dengan saya.

Aizuddin : Saya akan menghadapinya dengan tabah dan banyak beribadah kepada Allah kerana saya tidak mahu melibatkan diri dalam percintaan yang mungkin boleh membawa kepada perbuatan zina dan maksiat.


4)PERASAAN KAMU APABILA MELIHAT KAWAN-KAWAN ASYIK DENGAN PERCINTAAN MEREKA?


Nidzam : Keinginan untuk jadi seperti mereka memang ada tetapi sebagai seorang Muslim kita harus sentiasa ingat tentang perkara halal & haram. Tidak perlu terburu-buru, jodoh di tangan Allah.

Haszwan : Saya agak meluat, sedih, marah pun ada juga. Sebab, remaja pada zaman ini langsung tidak mementingkan tentang pelajaran bahkan mereka lalai dengan perkara yang membuang masa mereka sahaja.

Wong : Jika kawan saya pandai mengawal cinta dia dengan betul saya akan rasa gembira bagi pihak mereka. Jika sebaliknya, saya akan menegur dan menasihati mereka. Saya Cuma berharap cinta akan mewujudkan suasana yang manis dan seronok bukannya jahat atau dosa.


Aizuddin : Saya rasa meluat dan akan menasihati mereka bahawa cinta ini boleh mempengaruhi iman mereka.


5)WAJARKAH MEREKA YG BERCINTA DI BANGKU SEKOLAH BERSIKAP KETERLALUAN DLM PERHUBUNGAN MEREKA SEPERTI OBSESI DGN CINTA & KADANG KALA MENIMBULKAN PERASAAN MELUAT? KENAPA?

Nidzam : Tidak wajar kerana ia memalukan diri dan membuang masa sahaja. Tidak perlu menunjuk-nunjuk dan bersikap ‘over’ kerana belum tentu lagi kita akan dapat hidup bersama dengannya. Paling utama, mereka hanya menjatuhkan maruah mereka di khalayak ramai tanpa segan silu. Inilah yang akan terjadi jika terperdaya dengan hawa nafsu.

Haszwan : Tak wajar. Jika saya ialah bapa kepada remaja tersebut, sudah lama saya akan mengurungnya dalam rumah. Inilah contoh masalah utama kepada pelajar, tidak menghargai pengorbanan ibubapa yang banyak mengeluarkan perbelanjaan kepada mereka. Inikah balasan anak kepada mereka?

Wong : Tidak kerana orang akan memandang hina mereka. Mereka akan menyebabkan maruah mereka jatuh dan banyak lagi. Ia akan merosakkan masa depan mereka. Ibubapa mereka akan berasa malu dan hampa kerana mereka tidak pandai mengawal tingkah laku mereka.

Aizuddin : Tidak wajar dan tidak perlu langsung sikap yang keterlaluan dalam percintaan kerana tidak elok dipandang orang dan hanya akan menjelikkan sahaja dari pandangan masyarakat lain.


KENALI RESPONDEN ANDA

NIDZAM

Nama : Muhammad Nidzam b. Usman
Umur : 17
Asal : Klang
Email : -


HASZWAN


Nama : Muhd Haszwan b. Hasry
Umur : 17
Asal : Port Dickson
Email : hasegawa_wan@yahoo.com


WONG


Nama :Wong Chee Wai
Umur : 16
Asal : Taiping, Perak
Email : christorphercheewai@yahoo.com


AIZUDDIN


Nama : Muhammad Aizuddin b. Mohd Azmi
Umur : 17
Asal : Damansara Damai
Email : aizad_92@yahoo.com


p/s: ini hanyalah pendapat peribadi mereka dan tidak mewakili mana2 pihak. pendapat ini juga berdasarkan logik akal pemikiran mereka ketika itu.

No comments:

Post a Comment