AnDun Therapeutic Consultancy (ATC)

ANDUN THERAPEUTIC CONSULTANCY (ATC) adalah firma perunding berdaftar yang menyediakan perkhidmatan kaunseling dan program-program latihan yang berpusat di Shah Alam, Selangor. Fokus ATC adalah pada pembangunan modal insan untuk anggota-anggota organisasi di sektor kerajaan dan swasta, termasuk para pelajar di institusi pengajian tinggi dan sekolah. 

ATC berpengalaman dan sangat komited untuk membantu sesebuah organisasi meningkatkan keupayaan, kecekapan dan keberkesanan mereka menggunakan sumberdaya manusia untuk mencapai kelebihan-kelebihan strategik yang kompetetif secara beretika dan profesional. Tenaga profesional kami akan saling bekerjasama dalam inisiatif menjana perubahan minda, kepercayaan, ekspektasi, sikap, tingkahlaku, prestasi dan kehidupan individu.



 SHAMSUL BAHRAIN BIN HARON K.B.;P.A.

Kaunselor Shamsul Bahrain bin Haron adalah seorang Kaunselor Berdaftar dan merupakan Ahli Seumur Hidup PERKAMA, PEKA and Yayasan Guru Malaysia Bhd. Beliau telah berkhidmat sebagai penjawat awam di sekolah, politeknik dan universiti, masing-masing sebagai guru, kaunselor dan pensyarah separuh masa. Pengalaman kerjayanya selama 27 tahun 7 bulan yang dikongsikan telah berjaya membantu golongan pelajar, pekerja, majikan, individu, keluarga, anggota masyarakat dan pemimpin dari pelbagai peringkat untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.

KELAYAKAN  AKADEMIK
1)      Sijil Asas Perguruan (Sains dan Matematik)
Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang
2)      Certificate of CBL in Teaching Mathematics
RECSAM (Regional Center of Science and Mathematics)
3)      Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian)-(Bimbingan dan Kaunseling)
Universiti Putra Malaysia
4)      Sarjana Kaunseling
Universiti Malaya
5)      Calon Ph.D (Psikologi Kaunseling)
Universiti Malaya

PENGALAMAN
1984 – 1988                     : Guru dan Motivator
                                           (SMK Chini, Pekan, Phg. D.M.)
1988 – 1994                     : Guru dan Motivator
                                           (SMK Muadzam Shah, Pekan, Phg. D.M.)
1994 – 2000                     : Guru dan Motivator
                                           (SMK Seri Mahkota, Kuantan, Phg. D.M.)
2001 – Jun 2010              : Pegawai Kaunseling dan Motivator
                                                  (Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah)
Julai 2010 – Jun 2011     : Ketua CISEC (Corporate Industry Services & Employment Centre) 
                                                  (Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah)
2006 – hingga kini          : Pensyarah Separuh Masa Universiti Malaya
2010 – hingga kini          : Pensyarah Separuh Masa UMCCed

Julai 2011 - kini               : Kaunselor, Motivator dan Jurulatih Profesional