Wednesday, October 27, 2010

x kan melayu hilang di dunia.....

assalamualaikum w.b.t.....

post kali ni nk kongsi sikit pasal bende ni... jom layan.....


Korang masih ingat tak lagi ungkapan dari Panglima Hang Tuah “takkan hilang melayu di dunia”….. memang ada kebenarannya. Rata-rata kemana kita pergi pun kita boleh jumpa bangsa melayu. Dah tentu la kalau kita ke masjid2 dan surau2 kita akan berjumpa dengan bangsa melayu. Dan dah menjadi kebiasaan kalau kita terdengar atau terbaca ungkapan “takkan hilang melayu didunia”, secara automatik kita terus membayangkan dan memandang ke sesuatu arah yang positif.

Tapi di zaman yang moden serba canggih & stylo-milo ni…. Kegunaan perkataan “dunia” dalam ayat tu kita bole ubah mengikut perubahan masa dengan maksud yang seperti “ takkan hilang melayu di……” dari sudut yang berlainan. Tujuan aku menulis tentang ini bukannya nak memburuk2kan bangsa aku sendiri tapi…. True fact...

contohnya, ”takkan melayu hilang di.....” :

1)Kelab Dangdut - Daripada dulu sampai sekarang aku tak faham macam mana kelab kelab nie boleh survive from time to time.. Hhehehe.. kadang2 tengok diorang gelek sakan nyer... hehehe.. kalau korang tengok betul2, actually dier nyer joget tu ader style, seriously tak semua orang boleh gelek macam zaman M Daud Kilau.. Dan yg paling dasat tu… majoritinya otai2 (tua2 la beb) belaka yang gelek dari malam sampai pagi, kalau tak patah pinggang memang nasib..

2) Konsert Rock - Search, Wings, Metallica, May, Scorpians... fuh, kalau korang tengok konsert rock zaman skarang ni memang gerek! Kalu dulu semuanya rambut panjang & serabai tapi sekarang ni kira dah displin skit coz ader yg gonjeng2. Kalau ada terjumpa yang masih berambut panjang tu…. Tu kira die hard fan ler tu… kira rock never die… ceh.

3) Karaoke - Nie lah activiti orang melayu paling feveret. Boleh katakan, kalau ader occasion special mesti karaoke. Family day ke, bifday ke, balik baik dari hospital ke, pass exam ke... konfirm ada karaoke punya.. serious.. aku ader satu jiran kat sebelah rumah, senang cakap ler…. semua VCD karoke dia ader!! Tapi sayang suara macam burung pungguk merindukan bulan...

4) Selatan Thailand – heee…heee…heee ni aku pun malas ler nak komen lelebih. Korang paham2 jer la. Walaupun kat sana selalu kena bom & serangan gerila… diorang masih tetap ke sana atas urusan perniagaan (kata diorang la, urusan perniagaan). Meniaga apa agaknya yek?????

5) Fun Pub & Disco – Kita bole jumpa bebudak muda kat sini…Walaupun kat tempat ni bising, gelap, kecoh & suasananya macam Jurassic Park, bebudak ni tetap terkinja2 kat situ kononnya nak release tension….

6) Chat room - macam macam topic yang di-discusskan kat dalam chat room nie. Ada pasal politik ler, ader pasal members skolah lamer yang dah kawin spuloh... Senang cakap nie lah dia Mesyuarat Tingkap Ver.10. Tak kurang lak yang masuk ke sini semata2 nak mencari jodoh & makan free….

So, adekah ape yg aku cakap ni hanya gurauan semata2? Pandai2 ar korang pkr... bak kata Nabil Raja Lawak, “Lu pikir ar sendiri!!!!”....

p/s: tu belum masuk janji melayu..... hehehhe........

No comments:

Post a Comment