Tuesday, October 26, 2010

Tertawankah Wanita dengan caramu????

Setiap orang ada cara tersendiri dalam meluahkan perasaan masing-masing. Namun adakah cara mereka dapat memikat hati seorang wanita? Kebanyakkan lelaki tidak menitik beratkan tentang perkara ini dan lebih gemar berpura-pura. Benarkah mereka seperti itu? Mari kita tanya empunya diri.....

JIKA KAMU JATUH CINTA PADA SESEORANG GADIS INI, BERAPA LAMA KAMU MENGAMBIL MASA UNTUK MENGENALINYA?

Shah : Bagi saya lebih kurang 10 bulan untuk mengenali hati budi, personaliti diri masing-masing dan mencari keserasian antara satu sama lain. Susah tu, lama....

Azizi : Selagi belum puas mengenali dirinya, selagi itulah saya tidak akan berhenti mengenalinya. Bukan mudah untuk mengenali seseorang dalam masa yang singkat.

Riza : 2 tahun. Selepas itu barulah saya memulakan hubungan yang lebih serius.

Habib : Saya akan ambil masa 5 bulan untuk benar-benar mengenalinya.

APAKAH CARA YANG KAMU GUNAKAN UNTUK MENAWAN HATINYA? KENAPA?

Shah : Saya bukanlah jenis yang suka memaksa tetapi saya selesa memendamkan perasaan saya untuk menjaga keadaan. Saya percaya dengan cara sering mengambil berat perihalnya dan sering di sisinya di saat suka dan duka, tidak mustahil cinta akan datang dengan sendirinya.

Azizi : Jadi diri sendiri. Tidak guna kalau kita menipu hanya untuk mendapatkan sesuatu. Biarlah dia kenali diri ini seadanya dan saya tidak perlu hipokrit di depannya. Kebanyakkan wanita lebih suka atau tertawan dengan sifat jujur seseorang lelaki.

Riza : Lebih memberikan perhatian kepada dirinya serta mengambil berat keadaan serta perihal dirinya. Supaya dia dapat merasai kehadiran kita di sisinya.

Habib : Saya mestilah menjadi seorang yang bijak dalam akedemik, rajin dan mempunyai daya tarikan tersendiri agar dia dapat merasakan yang saya lebih unik dari orang lain.

KAMU GEMARKAN WANITA YANG MUDAH MENERIMA KAMU ATAU KAMU LEBIH GEMARKAN CABARAN DALAM MEMIKATNYA? KENAPA?

Shah : Saya lebih gemarkan cabaran dalam memikatnya kerana wanita seperti itu tidak semestinya dilabelkan sebagai ‘playgirl’ tetapi mungkin kerana soal hati merupakan perkara yang sangat penting bagi mereka dan seboleh-bolehnya hanya yang layak sahaja akan menerimanya.

Azizi : Saya lebih gemar wanita yang dapat menerima saya dengan seadanya. Saya bukannya jenis yang suka berkata-kata manis dengan wanita. Ia sesuatu yang membuang masa bagi saya.

Riza : Saya lebih gemar cabaran dalam memikat wanita kerana semakin susah saya untuk memilikinya semakin tinggi akhlak dan maruahnya serta semakin setia sekiranya bersama.


Habib : Saya lebih mengemari wanita yang mudah menerima saya kerana saya tahu dia menghargai kita. Jika kita susah nak pikat dia, mungkin maknanya dia tak suka dengan kita. Jadi saya tidak perlu menunggu dia lebih lama.


JINAK-JINAK MERPATI...ADAKAH WANITA MASA KINI MASIH BERSIKAP SEBEGINI?

Shah : Bukan semua wanita begitu tetapi kebanyakkannya mereka yang menetap di kawasan bandar lebih banyak bersikap begitu kerana pengaruh persekitaran dan tiada kesedaran diberikan kepada mereka.

Azizi : Saya akui memang terdapat wanita seperti ini tetapi hanya segelintir. Kebanyakkan wanita sekarang lebih bersikap ‘jual mahal’ terhadap lelaki. Mereka hanya memilih seseorang yang mempunyai rupa paras yang kacak, berkedudukan tinggi dan berharta. Itulah lumrah hidup sekarang.

Riza : Ya. Kebanyakkan wanita masa kini sangat mudah didekati dan mendekati orang lain. Zaman sekarang ini ramai lelaki yang mengamalkan poligami kerana kebanyakan wanita suka mendekati dan didekati lelaki lain.

Habib : Kebanyakkan wanita pada masa ini masih bersikap begitu. Ini disebabkan kerana mereka ini sibuk mencari kemewahan dan sanggup menggadai maruahnya demi mendapat kekayaan.


JIKA SI DIA MILIK ORANG BAGAIMANA? APA AKAN KAMU LAKUKAN?

Shah : Saya akan terus memberi semangat kepadanya supaya dia akan terus kekal bersama pasangannya. Saya akan cuba untuk tidak lagi terlalu rapat dengannya agar tidak timbul isu 'pihak ketiga’ antara dia dan pasangannya hanya kerana saya baik dan rapat dengannya.

Azizi : Saya tidak suka merampas hak orang lain sesuka hati kerana saya berpendapat perkara itu mungkin akan terjadi kembali kepada diri kita di masa hadapan. Bunga bukan sekuntum. Tidak mustahil di masa hadapan kelak kita akan mendapat yang lebih baik dari sekarang. Mungkin ada hikmahnya kita tidak berpeluang memilikinya sekarang. Siapa tahu?

Riza : Saya akan terus berusaha mencari cara untuk memilikinya. Sekiranya pelbagai cara telah digunakan dan masih gagal, barulah saya akan berusaha untuk mencari pengganti dia.

Habib : Saya bukannya jenis yang suka mengacau hal orang lain. Lebih baik saya berkawan sahaja dengan dia. Itu lebih baik dari saya buat sesuatu yang akan merosakkan diri dan orang lain kelak.

KENALI RESPONDEN ANDA

SHAH

Nama : Ahmad Shahreezdzakuan b. Said

Umur : 17

Asal : Kajang

Email : zackzero_92@yahoo.com



AZIZI

Nama : Amirul Azizi b. AzmiUmur : 16

Asal : Melaka

Email : laloq_ichigokurosaki@yahoo.com



RIZA

Nama : Syahriza b. Aziz

Umur : 17

Asal : Klang

Email : syiragani_syah@yahoo.com

HABIB

Nama : Syed Habib Al-Ajmi b. Syed Abd Rani

Umur : 17

Asal : Kuala Lumpur

Email : sy_abd@yahoo.com

p/s : agak2 diorg ingat lagi x bende ni yek???

No comments:

Post a Comment