Monday, January 23, 2012

Eksklusif : ATC??? Apakah itu??????

Assalamualaikum w.b.t......

Post kali ni adalah untuk menceritakan berkenaan satu company yg masih lagi baru ditubuhkan dimana salah satu dari orang yang menggerakkannya ialah aku... hehehhee..... well.... that right.... inilah ANDUN THERAPEUTIC CONSULTANCY atau lebih dikenali sebagai ATC.... alhamdulillah.... aku pun x sangka sebenarnya ATC berjaya dilahirkan..... hehhee.... btw... nak cite sedikit sebanyak tentang ATC ni.. nak tau x?? jom ler.....

PENGENALAN ATC

ANDUN THERAPEUTIC CONSULTANCY (ATC) adalah firma perunding berdaftar yang menyediakan perkhidmatan kaunseling dan program-program latihan yang berpusat di Shah Alam, Selangor.


Fokus ATC adalah pada pembangunan modal insan untuk anggota-anggota organisasi di sektor kerajaan dan swasta, termasuk para pelajar di institusi pengajian tinggi dan sekolah.

ATC berpengalaman dan sangat komited untuk membantu sesebuah organisasi meningkatkan keupayaan, kecekapan dan keberkesanan mereka menggunakan sumberdaya manusia untuk mencapai kelebihan-kelebihan strategik yang kompetetif secara beretika dan profesional. Tenaga profesional kami akan saling bekerjasama dalam inisiatif menjana perubahan minda, kepercayaan, ekspektasi, sikap, tingkahlaku, prestasi dan kehidupan individu.

hah... tu di sedikit sebanyak mengenai ATC.... hehe.... btw... jika company dah ade mestilah ade penggeraknya kan?? haa..... ATC ni ditunjangi oleh orang yg paling aku respect selama ini.... sape dia??? x lain x bukan my own mentor..... Cr. Shamsul Bahrain b. Haron..... hehehe.... sape dia??? x kenal?? OMG!!!! meh2 tgk profile dia......

SHAMSUL BAHRAIN BIN HARON K.B.;P.A.

Kaunselor Shamsul Bahrain bin Haron adalah seorang Kaunselor Berdaftar dan merupakan Ahli Seumur Hidup PERKAMA, PEKA and Yayasan Guru Malaysia Bhd. Beliau telah berkhidmat sebagai penjawat awam di sekolah,politeknik dan universiti, masing-masing sebagai guru, kaunselor dan pensyarah separuh masa. Pengalaman kerjayanya selama 27 tahun 7 bulan yang dikongsikan telah berjaya membantu golongan pelajar, pekerja, majikan, individu, keluarga, anggota masyarakat dan pemimpin dari pelbagai peringkat untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.

KELAYAKAN AKADEMIK

  1. Sijil Asas Perguruan (Sains dan Matematik) Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang
  2. Certificate of CBL in Teaching Mathematics RECSAM (Regional Center of Science and Mathematics)
  3. Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian)-(Bimbingan dan Kaunseling) Universiti Putra Malaysia
  4. Sarjana Kaunseling Universiti Malaya
  5. Calon Ph.D (Psikologi Kaunseling) Universiti Malaya

PENGALAMAN

1984 – 1988 : Guru dan Motivator (SMK Chini, Pekan, Phg. D.M.)
1988 – 1994 : Guru dan Motivator (SMK Muadzam Shah, Pekan, Phg. D.M.)
1994 – 2000 : Guru dan Motivator (SMK Seri Mahkota, Kuantan, Phg. D.M.)
2001 – Jun 2010 : Pegawai Kaunseling dan Motivator (Politeknik Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah)
Julai 2010 – Jun 2011 : Ketua CISEC (Corporate Industry Services & Employment Centre) (Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah)
2006 – hingga kini : Pensyarah Separuh Masa Universiti Malaya
2010 – hingga kini : Pensyarah Separuh Masa UMCCed 3
Julai 2011 - kini : Kaunselor, Motivator dan Jurulatih Profesional

dah tau dah???? hehehe... klu nk kenal lebih leh la tgk profile FB atau page beliau....

Facebook Cikgu Shamsul

Page Facebook Cikgu Shamsul

jd ni la serba ringkas pasal ATC.... hehehe...... well.... lupe lak nak g tau yg aku ni Pegawai Pemasaran ATC..... papehal leh la contact aku ye.... heheheh... (^_^)

p/s: semoga tahun ni ATC bakal mengecapai kejayaan yg lebih unggul... amin....

No comments:

Post a Comment