Wednesday, February 27, 2013

Lelaki dan Kasut : Pilih yang Bagaimana?

Tips memilih kasut yang sesuai : 
  • Cuba untuk memilih kasut yang padan atau lebih gelap dari seluar anda. 
  • Stoking tidak harus sepadan dengan kasut anda. Sebaliknya, padankan stoking dengan tie. 
  • Kasut perlulah sepadan dengan tali pinggang melainkan tali pinggang anda berwarna –warni. 

Tali Leher : Gaya Anda

Ramai antara kita hanya tahu satu cara untuk mengikat tali leher. Di sini ada beberapa cara-cara lain untuk mengikat tali leher. 

Gunakan tutorial ini untuk belajar mengikat tali leher anda.

Saturday, October 13, 2012

WACANA ILMIAH : Peranan Remaja & Cabaran Yang Dihadapi

Assalamualikum w.b.t dan salam sejahtera.....

Alhamdulillah... bertemu kita lagi untuk satu lagi perkongsian yang baik untuk diri kita dan lain2.... Selamat membaca..... 


"Remaja tunggak negara", "Remaja hari ini adalah pemimpin hari esok" dan "Pemuda harapan bangsa" adalah sebahagian ungkapan yang sering kita dengar tentang remaja.Ia merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan oleh golongan remaja, baik lelaki mahupun perempuan.Merekalah yang bakal mengambil alih pucuk kepimpinan negara, negeri, daerah, kampung, kawasan, tempat kerja atau pun setidak-tidaknya sebagai ketua keluarga apabila sudah berumah tangga.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: Setiap daripada kamu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap mereka yang di bawah jagaannya. Pemimpin negara bertanggungjawab ke atas rakyat di bawah pemerintahannya; seorang lelaki adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap keluarganya; seorang wanita adalah penjaga rumah suami serta anak-anaknya; seorang hamba bertanggungjawab terhadap harta tuannya; kamu semua adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas mereka yang dalam jagaan kamu. (riwayat Bukhari)


Oleh itu, setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab termasuklah para remaja. Secara umum, remaja biasanya dianggap sebagai kelompok usia peralihan antara anak-anak dan dewasa, iaitu antara usia 12 hingga 20 tahun atau mungkin lebih.